Tuesday, April 13, 2010

Kenapa Lelaki Lebih Pandai Memasak?

HYPE!!!

Bukan dah setakat bersawang...tapi tikus pun dah beranak dalam blog aku ni...lama sgt x update...


Banyak betul masalah melanda dalam hidup aku kebelakangan ni...macam-macam yang kita tahu...kawan makan kawan....musuh sebenarnya kawan...macam-macam ragam hidup ni...

Berbalik kepada topik....Kenapa agaknya lelaki lebih pandai memasak daripada perempuan? Siapa ada pandangan yang bernas?

Perempuan, sejak azali dikenali sebagai suri rumah yang mampu untuk memasak untuk seisi keluarga, macam perumpamaan dalam perpatah Melayu yang menunjukkan bahawa perempuan memang kerjanya untuk memasak, contohnya ;

"Jangan menyanyi dalam dapur, nanti kahwin lelaki tua."
" Belajar tinggi-tinggi akhirnya ke ceruk dapur juga."

Dan ada lagi perumpamaan lain yang tak dapat aku ingat.
Perempuan kalau hanya setakat masak nasi atau maggi atau jerang air panas tak boleh kahwin lagi. Orang tua-tua kalau nak menolak pinangan orang, akan cakap ;

"Ish, si Minah ni masak nasi pun lembik lagi."

Tapi hakikatnya sekarang ialah, chef-chef antarabangsa yang terkenal kebanyakannya terdiri daripada lelaki. Kalau dalam appetizer or desert, ada juga lah chef perempuan yang terkenal. Kalau dalam bidang main dish or french cooking, susah lah untuk chef wanita untuk naik.

Kenapa? Pelik kan? Entahlah...ini mungkin pendapat aku saja...sejauh mana kesahihannya masih belum dapat diuji....

Allah mengurniakan kepada kaum Adam satu kemahiran yang tidak terdapat dalam diri kaum Hawa iaitu kemahiran mengagak..or Estimatition Skill.....

Lelaki mempunyai lebih kemahiran dalam mengagak sesuatu perkara. Contohnya, kalu daripada situasi membawa kereta, yang selalu kemek-kemek kereta sebab terlanggar tembok, langgar tiang...mesti perempuan. Kita susah nak agak kan...jauh mana nak undur kereta supaya tak langgar tembok atau tiang.

Begitu juga dalam bidang masakan. Kalau nak buat desert....kita perlukan exact amount untuk mixture...kalau tak sesuatu manisan tu takkan menjadi....berbeza dengan main dish...kalau dah bermain dengan exact amount...ternyata perempuan memang pakar dalam bidang ni...

Nak masak steak misalnya, perlukan penghayatan dan tak perlukan resipi...masak mengikut perasaan...dalam hal ni..lelaki mungkin lebih rasional....kalau perempuan masak...dah siap masak...rasa-rasa cam tak cukup masin pulak...tambah garam...tambah itu...tambah ini...last-last jadiklah benda lain....padahal sebelum itu dah cukup rasa dah....

Ehm...apalah yang aku bebel ni..just nak ada update baru kot....



2 comments:

  1. hidOOp lelaki!!!!yeahhh.. (padahal x reti masak pown..meggi ngan air ble arr..)kihkihkih

    ReplyDelete
  2. haha...hidop pada sesiapa yg pandai masak...
    sebab sy sangat suka makan...
    sy pencinta makanan...!hehe..

    ReplyDelete