Saturday, February 26, 2011

NATRAH - Novel Biografi Yang Berjaya Mengalirkan Air Mata

HYPE!!


Siapa tak kenal Natrah? Natrah atau nama kristiannya Bertha Hertogh. Fenomena Natrah melanda negara kita satu masa dahulu. Semua orang bercakap mengenai Natrah. Bagaimana dengan nasibnya, keperitan hidupnya setelah beliau dikembalikan kepada keluarga kandungnya di Belanda.

Mula-mula aku ingatkan buku biasa-biasa saja. Tetapi bila mak aku mencari di merata-rata kedai buku MPH di Sg Petani, aku dapat rasakan buku ni mungkin menarik. Bila mak jumpa, dia beli. Tapi tak baca-baca lagi. Masa cari bukan main seman
gat, bila dah dapat, tak baca pulak. Sibuk katanya. Dahla stai kena take turn. Lepas mak baca baru aku boleh pinjam. Nak dekat 3 bulan aku pujuk supaya pinjamkan aku dulu, barulah dia bagi.

Buku biblio ni sebenarnya, aku tak pernah minat langsung nak baca. Yalah, apa yang menariknya pasal kisah hidup orang lain? Tetapi Natrah nyata berbeza.


Perubahan hidup Natrah apabila beliau mula disedari oleh orang kulit putih ketika beliau berada di Kemaman. Kemudian kesilapan besar Che Aminah, ibu a
ngkat Natrah kerana mengahwinkan Natrah yang ketika itu berusia 13 tahun dengan Mansor Adabi, 22 tahun di Singapura. Kesalahannya bukanlah kerana mengahwinkan Natrah dalam usia yang muda, kerana mereka berkahwin atas dasar cinta, tetapi kesalahannya ialah mengahwinkan mereka di Singapura, yang mana termaktub di bawah undang-undang sivil Inggeris. Mereka dieksploitasi oleh undang-undang itu sendiri.


Natrah ceria di hari perkahwinannya


Natrah pada mulanya seorang anak gadis yang ceria, suka mengusik, dan nakal akhirnya berubah menjadi anak gadis yang sentiasa terbeban dengan kerja, murung dan pendendam.

Meraung-raung apabila beliau terpaksa dipisahkan daripada ibu angkat yang disayangi. Sejak dari saat itu, beliau tidak pernah lagi bertemu dengan Che Aminah dan Mansor Adabi sehingga ke hujung hayatnya.
Dan ketika dipisahkan, Natrah masih lagi perawan.

Ketika di luar mahkamah

Seterusnya, masyarakat Islam di Tanah Melayu diprovok dengan gambar-gambar Natrah yang menyebah patung Mary di gereja. Nama Natrah ditukar kepada Bertha. Tunjuk perasaan diadakan dan beberapa orang terkorban.


Seterusnya nasib Natrah di Belanda semakin buruk. Dikawal ketat, tidak dibenarkan bertutur dalam bahasa Indonesia, sedangkan ibu kandungnya membesarkannya di Indonesia sehingga beliau berusia 7 tahun sebelum diserahkan kepada Che Aminah untuk dijadikan sebagai anak angkat.
Semakin meningkat dewasa, sengsaranya bertambah.

Beliau memilih perkahwinan untuk keluar daripada hidup bersama keluarganya. 4 kali berkahwin dan bercerai, dituduh ingin membunuh suami sendiri antara dugaan yang terpaksa ditempuhinya.


Beliau pulang ke Kemaman pada tahun 90-an secara senyap-senyap. Kedatangannya hanya diketahui oleh seorang penulis Belanda. Kesemua orang yang dikenalinya telah meninggal dunia kecuali kakak angkatnya, Kak Kamariah. Kak Kamariah a
dalah juga anak angkat Che Aminah yang berbangsa Jepun.

Ketika Natrah pulang ke Kemaman

Ini sajalah review buku tersebut. Kalau nak lebih pemahaman, kena beli buku dan baca kerana aoa yang aku ceritkan ini tidak lebih daripada 10% daripada jalan cerita sebenar buku ini. Tahniah Fatini Yaacob, aku kirakan beliau seorang penulis yang berj
aya kerana bekorban masa lebih 25 tahun untuk mengkaji. Erma Fatima tidak wajar marah apabila ditegur.

2 comments:

  1. salam
    teringin nye nak baca buku ni.thn lepas tengok video sal natrah ni kat youtube.nanti nak gi carik ka.pas baca review ni.hehe

    ReplyDelete
  2. carilah di MpH berhampiran...harganya berbaloi dengan pengalaman yang diceritakan

    ReplyDelete